Yang Sopan Yang Susila
26 Jan 2010 1 Comment
in 2010
Januari hampir ke pengakhirnya. Hari ini 10 Safar. Bagaimana jua kita menghitung, sungguh cepat masa berlari meninggalkan kita. Semenjak tahun baru sudah banyak perubahan yang aku usahakan ke atas diriku. Kesannya begitu positif. Aku kini melihat sisa-sisa kehidupanku ini sebagai peluang yang Allah perlanjutkan buatku membetulkan kesilapan-kesilapan dan pemborosan masa lampau, bertaubat dan memohon keredhaan Allah. Hanya yang tiga itu.
Yang selebihnya aku punya keinginan untuk menulis dengan baik. Aku ingin punya kebolehan untuk menyentuh yang paling dasar daripada sejuta jiwa-jiwa manusia. Atau lebih. Aku ingin menulis apa-apa sahaja yang Allah redha. Yang sopan yang susila.



Jan 29, 2010 @ 17:17:38
Aminnnn!!!