Jari-jemari Hijau

bunga ni Mak yang tanam, dalam pasu bawah beranda

Semenjak aku kecil lagi, Mak memang suka tanam bunga. Mak selalunya beli benih pokok bunga di Pekan Rabu, sebuah pasar hari  yang diadakan setiap hari Rabu di kampung aku. Ayah pun suka tanam pokok, tapi pokok-pokok buah. Ayah tanam durian rambutan, langsat, manggis, kelapa keliling rumah kami.

Ayah selalu dengkikan pokok-pokok bunga yang Mak tanam. Mana-mana Mak tanam bunga, Ayah akan tempekkan pokok barunya berdekatan. Nanti pokok bunga Mak akan terbantut tumbesarannya. Mak nanti marah-marah dekat Ayah. Ayah kata, pokok bunga tak boleh makan, tapi pokok buah nanti boleh makan buah.

Bila musim kemarau kami tiga beradik bergilir-gilir siram pokok buah yang Ayah tanam dan pokok bunga Mak tanam. Kalau ada yang mati selepas dilanda kemarau teruk, Ayah akan sulam dengan benih pokok yang baru. Hasilnya sekarang kami dapat makan durian, manggis dan rambutan sepuasnya bila tiba musim buah.

Ayah dah sampai boleh jual hasil pokok-pokoknya pada pada orang yang buat permintaan. Aku ingat pasaran mangiis sangat bagus. Tetapi Ayah tidak mahu jual mahal. Aku ingat Ayah hanya benarkan harga RM5.00 2 kilo. Itu pun dah berbaloi dengan usaha Ayah selama ini.

Seingat aku, setiap tahun kami Ayah akan buat doa selamat juadahnya pulut dengan durian.  Di Kedah kami menikmati pulut yang ditanak, disimbah dengan santan pekat mentah yang dimasukkan sedikit garam,  dan tabur sedikit gula di atasnya. Makan dengan durian. Sedapnya tak tercerita. Semua ni Mak yang sediakan.

Penganan ini kami sediakan juga di dalam rumah kami kini, supaya si kecil- si kecil semuanya tahu sedapnya rasa pulut durian. Walaupun jauh daripada kampung halaman kami tidak mahu mereka terputus daripada budaya pemakanan cara kami dulu-dulu. Walaupun dengan durian yang kami beli di tepi jalan.

Petang-petang bila Mak lapang selepas penat menguruskan kami, Mak masih ada masa dan tenaga membelek pokok-pokok bunganya. Pokok bunga Mak bagus tumbuhnya. Mak juga kenalpasti siapa di kalangan anak-anaknya yang bertangan sejuk. Setiap anak  disuruh tanam pokok. Kalau pokok itu hidup dikatakan anak yang menanam pokok itu bertangan sejuk. Maksudnya, kalau menanam pokok, pokok itu hidup. Kalau tidak, dikatakan anak itu, tangannya panas. He he he…

benih bunga ni Cikgu Umi Kalsom yang bagi. Mak jaga sampai hari ni

Mak suka sekali pokok ros. Mak pandai buat keratan tut dan kahwinkan pokok ros. Selepas kahwin pokok ros Mak akan berbunga pelbagai warna. Mak aku memang resourceful orangnya. Reban ayam Mak buat sendiri, sebab kalau suruh Ayah, entah bila nak jadi.

Aku perhatikan Mak memang suka bunga-bunga kecil. Baju-baju Mak pun banyak yang coraknya bunga-bunga kecil. Ni ada dua lagi gambar bunga-bunga kecil yang Mak tanam.

kat bawah beranda jugak

Mak panggil bunga ni kepala lalat

2 Comments (+add yours?)

  1. Anonymous
    Mar 21, 2010 @ 21:06:49

    bunya kepala lalat [first time dengar nama dia] dan bunga morning glory/japanese rose [tak sure lah nama dia] are my fav flowers too. Also baju kurung corak bunga kecil kecil are also my choice. good taste wouldn’t you agree?

    Reply

  2. TLT
    Mar 22, 2010 @ 15:10:17

    Hi Cikgu,

    A’ah baju kurung corak bunga kecil kecil is a good taste. Morning glory to fence-crawler yang warna purple kan ?

    “japanese roses” tu succulent ada banyak macam bunga. Yang paling basic dulu-dulu warna almost magenta, daun dia tajam-tajam sikit macam jarum pine. Mak I panggil ‘jari lipan’

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s