Sunday Post
28 Mar 2010 1 Comment
Katakan anda telah membuat pembayaran untuk pergi mengerjakan umrah kepada sebuah syarikat Melayu, XYZ Celaka Melingkup Travel & Tours Sdn Bhd.
Dipendekkan cerita, syarikat tersebut telah songlap duit anda, dan niat suci anda untuk mengerjakan umrah di tanah suci hancus berkecais. Hati anda juga sakit teramat-amat bila staf-staf di syarikat itu asyik tangguh dan berdolak-dalik untuk kembalikan duit anda.
Ingat, bayaran telah dibuat kepada agensi itu, sebuah syarikat sendirian berhad. Resit dikeluarkan oleh syarikat itu XYZ Celaka Melingkup Travel & Tours Sdn Bhd.
Bila anda menyaman dan dapatkan penghakiman, anda kena namakan XYZ Celaka Melingkup Travel & Tours Sdn Bhd sebagai Defendan, yang kemudiannya jadi Penghutang Penghakiman, walaupun anda kenal baik dengan pengarah-pengarah celaka XYZ Celaka Melingkup Travel & Tours Sdn Bhd yang telah joli duit anda tak ingat itu duit orang nak pi Mekah. Itu adalah protection yang company law dah bagi turun-temurun bagi pengarah-pengarah syarikat. Dah dapat penghakiman pun, duit anda tak jugak dapat-dapat balik. Duit dah banyak bayar kat lawyer.
Sebab sakit hati anda pada pengarah-pengarah syarikat itu yang anda nampak masih ke hulu ke hilir, anda tanya lawyer anda apa option yang anda ada. Lawyer anda kata lebih kurang macam ni …
- Anda boleh gulungkan syarikat tu, tapi last sekali anda mungkin tak dapat satu sen pun jugak, hanya kepuasan mempunah-jahanamkan syarikat itu dari mukabumi ini.
- Satu cara lagi keluarkan saman penghutang penghakiman terhadap XYZ Celaka Melingkup Travel & Tours Sdn Bhd tapi executekan penghakiman ke atas pengarah-pengarah syarikat. Kalau pengarah tak nak hadir ke mahkamah dia boleh dia boleh dipenjarakan (walaupun kosnya anda yang tanggung). Ingat pengarah berkenaan datang untuk beritahu keupayaan syarikat untuk lunaskan hutang. Dia tidak bertanggungan secara peribadi untuk lunaskan hutang itu…Aduhh..Last sekali anda tak dapat satu sen pun jugak.
- Boleh juga pi sita dan lelong barang-barang syarikat tapi make sure itu semua barang syarikat sahaja dan bukannya barangan orang lain punya hak. Susah tu kan ?
In summary memang susah nak dapat balik duit anda tu.
Penyelesaian luar mahkamah hanya boleh dicapai dalam kes di mana Defendan punya conscience dan prihatin kemanusiaan yang tinggi. Kalau tak bye bye je lah.
Kalau awal-awal dia bagi nama syarikat dia tu XYZ Celaka Melingkup Travel & Tours Sdn Bhd kan senang ? Taklah anda pun terhemoi-hemoi nak tempah package kat situ. Ye tak ?



Apr 24, 2010 @ 20:25:57
Salaam,
What happened dear?
I am planning to go for umrah too this coming Dec. Taking my parents.
Share what happened with me please so I can avoid being cheated.