Setimbun kerja yang tak siap-siap..
09 Apr 2010 1 Comment
Dalam diri setiap kita, mesti ada sifat malas kan ? Tak sikit banyak. Tak banyak sikit. Mesti ada sifat suka bertangguh-tangguh kan ? Terkadang aku rancang buat hujahan awal-awal. Tapi creativity tak mai-mai maka bertangguh lama. Dah dekat deadline baru tergedik-gedik nak baca baik fail, teliti dokumen, cari idea-idea maut.. selalu cenggitu kan ? Tapi banyak hujahan aku yang buat menang kes punya memang disediakan semasa aku tengah-tengah pressure. Masa tu lah baru nampak point itu ini. Memang perangai buruk …
Fail aku bukan banyak mana pun. Ada lah lebih kurang 20 fail lebih. But the number is increasing very fast nowadays. Kalau betul-betul manage time dengan baik, memang boleh buat cantik-cantik. Insya Allah, boleh buat kot…tak boleh tamak. Apa yang ada, buat betul-betul.
Seronok tau kerja sendiri. Ia mencabar. Teramat mencabar. Dulu kerja dengan orang lain caranya. Tapi pengalaman dan technical know-how masa kerja dengan orang dulu tu penting. Yang kini jadi hak exclusive aku. He he..
Semasa aku baru join kak aku dulu, tak de sebijik fail pun. Masa tu kerja tak banyak, aku jadi tension sebab tak de kerja nak buat. Dulu masa kerja dengan orang, dah biasa kerja banyak bertimbun-timbun. Melompat-lompat dan berlari dalam ofis. Bila tak dak gheja nak buat jadi mati kutu semacam. Masa tu aku lecture part time dekat 2 universities. Dah terkejar nak sediakan lecture notes dan check assignment budak pulak ! Alhamdulillah lepas tu, kerja ofis pun masuk sikit demi sikit. Tak mau lagi dah lecture-lecture ni.. seronok tapi penat, tak kuasa badan I ni…
Teringat cerita Mak, dulu masa Ayah mula-mula buka bengkel basikalnya, tak banyak basikal untuk dibaiki. Jadi Ayah masuk hutan pi tebang pokok setui dan buat terompah kayu untuk dijual. Ayah juga beli petrol dr Pendang atau Kota Sarang Semut dan jual kat orang kampung. Masa dulu zaman takdak letrik Ayah beli charger bateri basah (masa tu org guna untuk bekalan elektrik kat rumah) dan ambil upah mengecas bateri. Aku harap sifat Ayah yang itu ada dalam diri aku. Tak banyak, sikit.
Sekarang ni, selepas dua tahun berdiri atas kaki sendiri, pakai nama sendiri, aku sudah nampak prospek untuk terus ke hadapan. Alhamdulillah Allah telah mendorong aku memilih apa yang telah aku pilih selama ini. Hidup ini sangat indah bila kita menghargai setiap pemberianNya kepada kita. Semoga Allah limpahkan rahmatnya atas kakak aku juga yang telah berjuang secara solo dengan gagah beraninya selama ini.
Hidup menjadi bererti bila ada cabaran-cabaran untuk diharungi. Bila ada lagi kemuncak baru untuk ditawan.



Apr 24, 2010 @ 20:32:15
Salaam,
Hey! Congratulations! Belated tho’.